Saturday, 26 November 2011

DR JUAN AL-MEDANNY


MENGENAI PENULIS 


      Dr. Juan Al-Medanny merupakan penuntut kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang Advance Material – Nanotechnology. Sebelum itu pada 2008, beliau melanjutkan pengajian di peringkat Master sebagai penerima Fellowship Sains Kebangaan (NSF) daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Semasa menyiapkan tesis Master, beliau mendapat kerjaya lumayan dengan mempraktikkan petunjuk yang dihimpunkan hasil kajian selama 7 tahun semenjak 2005. Pembacaan serta penglibatannya dalam perbincangan berkumpulan, bengkel kerjaya, forum terbuka dan seminar membantunya menghasilkan petunjuk yang jarang disedari. Semua pengalaman itu dihimpunkan menjadi formula-formula yang terbukti efektif lagi praktikal bagi memberi idea bernas untuk mereka yang mengejar impian mengejar kerjaya lumayan. Minatnya yang mendalam dalam bidang motivasi dan penulisan mendorongnya menghasilkan E-Book ini sebagai panduan menyingkap di sebalik RAHSIA KERJAYA LUMAYAN.